Andang

Andang ialah merupakan salah satu alat menangkap ikan yang digunakan oleh nelayan-nelayan semasa Brunei mula Bekerajaan sendiri. 


Reka Bentuk:
Andang berbentuk empat segi bujur dan berukuran lebih kurang 20 meter panjang dan 2 meter lebar.  Alat ini terdiri daripada 3 komponen penting iaitu jaring yang dibuat daripada nilon atau tangsi, pelampung dan batu pemberat.


Material:
Pelampung yang terdapat pada andang akan dipasang pada paner atas dan batu pemberat akan dipasang pada paner bawah. Andang menggunakan banyak batu pemberat untuk membolehkannya tenggelam. Namun, ianya tidak boleh tenggelam sehingga ke dasar laut kerana siput-siput yang berdiri boleh tersangkut pada jaring.  Saiz mata kail yang digunakan juga berbeza-beza mengikut jenis ikan yang hendak ditangkap.


Operasi Melaksanakan: 
Melabuh pelampung yang lebih besar iaitu pelampung yang terdapat pada jaring. Semasa melabuh tersebut, hendaklah dipastikan bahawa posisi alat tersebut menentang arus. Proses melabuh itu dilakukan oleh dua orang nelayan, salah seorang nelayan akan melabuhkan dari caruk perahu manakala jika hanya seorang nelayan sahaja ianya akan dilabuhkan dari buritan perahu. Seterusnya dibiarkan hanyut mengikut arus dalam beberapa jam iaitu sekitar satu hingga enam jam. Kemudian, barulah ianya akan ditarik semula ke dalam bot bersama dengan hasil tangkapan. 


Andang
(Sumber: Buku Peralatan Menangkap Ikan Di Negara Brunei Darussalam 1906-2003)

Kawasan Tangkapan:
Andang digunakan di kawasan pertengahan air laut yang mempunyai kedalaman iaitu 12 meter hingga 19 meter. Boleh digunakan pada waktu malam atau siang sama ada semasa air surut mahupun pasang. Andang kurang sesuai digunakan semasa arus deras kerana boleh menyebabkan hanyut dan jaring menjadi kusut yang mana boleh menjejaskan hasil tangkapan.


Hasil Tangkapan:
Udang, gelama, garut-garut, kapas-kapas, kirang-kirang, kembura, bilis dan sebagainya.