Candat sotong ini bentuknya sama seperti pancing. Cuma perbezaannya ialah candat ini diikat pada penghujung tali tangsi dengan pelbagai jenis mata kail.
Material:
Material yang diperlukan adalah seperti tali tangsi, candat ikan (umpan
mati) atau candat udang, batu ladung (pemberat dan joran).
Operasi Mencandat Bagi Candat Umpan:
Mempunyai bentuk yang panjang diperbuat daripada besi dan bersisir dengan ada mata kail dibawahnya. Ikan (umpan mati) akan dicucuk sebagai umpan iaitu dicucuk dari ekor hingga ke dalam mulut ikan dan kemudian kili pula disangkutkan dari atas kepala memasuki lubang candat dan sekali lagi dimasukkan kebawah kepala ikan sebelum menutup kili tersebut.

Pada kebiasaannya dua atau tiga candat akan dilabuhkan kedalam air iaitu satu di dasar, di tengah-tengah perairan dan di permukaan air.
Candat Umpan Mati (Sumber: Laman Sesawang) |
Umpan ikan seperti ikan rumahan, sardin, selar mati digunakan dengan mencucuk candat tersebut di dalam ikan tersebut seperti rajah di atas.
Operasi Mencandat Bagi Candat Udang:
Candat udang ini mempunyai bentuk
yang solid dan boleh mengimbangi badannya di dalam air dan mudah menarik
perhatian sotong. Manakala bagi cara penggunaannya pula sama dengan candat
umpan. Untuk menggunakan candat udang pula, umpan candat udang ditarik secara
perlahan-lahan secara casting.
Candat Umpan Udang (Sumber: Laman Sesawang) |
Kawasan Tangkapan:
Di perairan
atau pesisir pantai yang mempunyai ke dalaman 20 hingga 30 meter seperti
di kawasan pelabuhan.
Hasil Tangkapan: