Tugu

Tugu adalah merupakan sejenis pukat untuk menangkap ikan. Aktiviti menangkap ikan menggunakan teknologi ini sering dilakukan pada masa dahulu. Pada masa kini, teknologi ini sudah jarang digunakan.


Reka Bentuk:
Jaring tugu berbentuk segi empat bujur pada bahgaian pemukaan (mulut), dan menirus perlahan-lahan hingga ke bahagian candik (keroncong). Ukurannya adalah kira-kira tiga meter lebar, tingginya pula kira-kira satu setengah dan panjangnya pula kira-kira 17 meter.

Manakala mata jaring pula bersaiz empat sentimeter dan semakin mengecil menuju ke candik. Raban tugu mempunya enam elemen : tiang sulai, lantai, tiang raban, bantai pemigangan, galang-galang dan bantai penarikan.


Material Dan Cara Pembuatan:
Proses pendirian tiang sulai ini dimulakan dengan mendirikan 2 batang kayu secara berpangkah. Selepas itu, diletakkan pula buluh atas tiang sulai itu untuk dijadikan tempat berjalan atau bertiti. Tiang raban pula didirikan scera kukuh dan lurus. Kedua tiang raban ini hendaklah didirikan dengan jarak setengah meter tiang sulai supaya tidak terkena tiang sulai.

Kemudian empat galang-galang yang dibuat daripada rotan diikat dan ianya berfungsi pengikat mulut tugu dan supaya ianya senang diangkat. Dua batang bantai dimasukkan ke galang-galang dan galang-galang ini digunakan untuk mengikat bawah batang bantai. Seterusnya, paner-paner diikat pada galang-galang sebelum dilabuhkan ke air dan tali pula diikat pada tugu untuk menahan ianya daripada terlepas.


Operasi Melaksanakan:
Tugu dilabuhkan kedalam air dan selepas kira-kira satu jam, kedua-dua bantai penarikan mula ditarik. Panner selasir yang paling bawah akan tertutup dengan perlahan mengikut bantai penarikan yang ditarik. Apabila mulut tugu tertutup, bantai penarikan akan dicondrongkan supaya galang-galang yang ditarik tidak akan terlepas. Kemudian digoyanglan supaya ikan-ikan masuk.

Hasil Tangkapan:
Rumahan, basong-basong, kirang-kirang, kapas-kapas, kerapu, ketambak dan sebagainya