Bintur adalah satu alat untuk
memerangkap atau menangkap ketam. Kebanyakan orang Brunei mempunyai kemahiran
dalam membuat bintur dan berkemahiran dalam cara menggunakannya.
Material Dan Cara Pembuatan:
Bintur dahulunya diperbuat daripada buloh denganberawakan sulaman nilon. Buluh akan diikat menggunakan tali. Jaring nilon akan diberikan yang bertujuan untuk menghalang ketam-ketam yang ditangkap daripada keluar dari perangkap tersebut.
Di setiap penjuru, akan diikat dua
atau empat biji batu pemberat yang bertujuan untuk memudahkan agar bintur itu
tenggelam ke dalam sungai. Di dalam bintur pula akan disimpan umpan seperti
ikan pari yang mentah, perut ayam, kaki ayam dan sebagainya.
Pada zaman sekarang, terdapat
berbagai-bagai jenis bintur yang boleh diperolehi di kedai-kedai pancing dan
kebanyakannya diperbuat daripada besi. Bintur dipermodenkan mengikut perubahan
zaman dan kebanyakannya didatangkan dari luar negeri.
Reka Bentuk:
Bintur tradisi mempunyai bentuk
segi tiga aitu seperti bentuk tudung saji, manakala pada masa ini, terdapat
perubahan pada bentuk bintur yang mana kebanyakannya mempunyai bentuk segi
empat tepat (rectangular-box).
Bintur Tradisi (Sumber: Laman Sesawang) |
Dari segi struktur, perbezaan ini amat ketara kerana jika dilihat pada bintur tradisi, jaring hanya akan diikat pada bahagian bawah. Bagi bintur moden pula, jaring besi akan diikat pada semua permukaan dan akan diberikan seperti pintu di permukaan depan agar ketam-ketam yang ditangkap tidak akan keluar semula daripada bintur itu.
Bintur Moden (Sumber: Laman Sesawang) |
Kebanyakan bintur yang berbentuk tradisi boleh didapati dengan harga yang sangat murah dan berpatutan iaitu BND1 setiap satu. Bagi bintur yang berbentuk moden pula, harga setiap satu adalah BND3 hingga BND5 kerana ia adalah mengikut kualiti cara buatannya memandangkan kebanyakan bintur pada masa ini didatangkan dari luar negeri.
Operasi Melaksanakan:
Proses awal untuk menangkap ketam,
beberapa buah bintur akan dicampak ke dalam sungai selama empat atau lima jam
sebelum bintur-bintur tersebut diangkat semula. Pada kebiasaannya, tiga atau
empat ekor ketam akan boleh didapati pada setiap bintur.
Kawasan Tangkapan:
Aktiviti penangkapan ketam
menggunakan bintur ini kebiasaannya dilakukan di tebing-tebing sungai. Operasi
dijalankan kebiasaannya pada siang hari sahaja dan pada waktu air pasang.
Hasil Tangkapan:
Ketam suri, ketam kumpal dan ketam
kalok.