Rambat adalah
merupakan salah satu alat menangkap ikan khususnya udang. Peralatan ini masih lagi digunakan
di Negara Brunei Darussalam. Rambat
sudah wujud sebelum adanya teknologi alat penangkapan ikan yang moden.
Rambat (Sumber: Laman Sesawang) |
Reka Bentuk:
Rambat mengandungi benang-benang yang dianyam
secara rapi sehingga berbentuk bulatan. Kemudian dilipat dua sehingga
berbentuk segi tiga. Rambat mempunyai saiz yang berlainan dan boleh mencecah
sehingga 12 kaki panjang. Pada di hujung-hujung rambat disimpan pemberat
besi atau batu untuk memastikan setelah ianya ditebar, rambat tersebut akan
tenggelam.
Operasi Melaksanakan:
Pengunaan rambat mempunyai teknik yang
tersendiri untuk melempar rambat. Kekuatan tangan dan kaki memainkan peranan
penting untuk memastikan tebaran rambat menjadi sempurna. Rambat akan berbentuk
bulat semasa dilempar dan akan terasa berat akibat dari besi
yang dijadikan sebagai pemberat di hujung rambat dan membuatkan rambat tersebut
tenggelam.
Rambat boleh dibuat dengan teknik anyaman
tangan atau menggunakan mesin. Perbezaan rambat yang dibuat menggunakan teknik
anyaman tangan dan mesin dapat dilihat dari kekukuhan dan ketahanan jahitan
rambat tersebut. Kualiti rambat buatan tangan dan benang yang tidak mudah
putus adalah merupakan ciri-ciri rambat yang menjadi pilihan para
nelayan.
Proses pembuatan rambat memerlukan benang kapas
atau nilon, jarum khusus yang dipanggil ‘sikuan’, pengukur lubang
jahitan Rapang dan besi sebagai pemberat yang diperbuat
daripada biji timah.
(Sumber: Laman Sesawang) |
Teknik Menganyam Untuk Membuat Rambat (Sumber: Laman Sesawang) |
Kawasan Tangkapan:
Rambat juga adalah merupakan sesuatu yang
fleksibel kerana ianya boleh digunakan untuk menangkap ikan di sungai dan juga
di laut (tidak terlalu dalam). Rambat sangat sesuai digunakan di perairan yang
tidak mempunyai arus yang deras.
Hasil Tangkapan:
Udang, sotong, bilis, kitang, sembilang,
kapas-kapas, gelama, garut-garut, ikan semilang dan sebagainya.