Reka Bentuk:
Reka bentuk bagi joran tradisi
adalah berbeza dengan joran yang ada pada masa kini. Saiz bagi pelepah sumsum
bagi joran tradisi adalah sebesar ibu jari. Manakala saiz bagi buluh kecil pada
joran yang ada pada masa kini mempunyai panjang yang mencapai sehingga enam ke
sepuluh kaki. Tali yang ada pada joran tersebut mencapai sehingga 600m. Mata
kail atau pamata panjang yang ada pada joran adalah berbentuk ‘J’. Para
nelayan yang memancing di laut pada kebiasaannya mempunyai kepanjangan joran sehingga
lima atau enam kaki.
Dari segi harga, joran yang
berbentuk tradisi boleh didapati dengan harga yang murah, akan tetapi joran
tersebut sangat susah untuk didapati pada masa kini memandangkan joran tersebut
kurang digunakan pada masa ini. Manakala joran yang ada pada masa kini boleh
didapati di kedai-kedai pancing. Harga bagi joran tersebut adalah bergantung
kepada jenama, saiz dan peralatan tambahan. Sebagai contoh, harga bagi saiz
joran 40 kaki boleh mencapai sehingga BND500. Harga reel boleh mencapai sehingga BND3000.
Joran Moden (Sumber: Laman Sesawang) |
Mata Kail dan Cara Ikatan (Sumber: Laman Sesawang) |
Kawasan Tangkapan:
Bagi para nelayan yang tinggal di
pedalaman, mereka masih lagi menggunakan joran yang berbentuk tradisi di
kawasan sungai (masih lagi ada sehingga ke hari ini). Manakala pada masa kini,
para nelayan menggunakan joran yang berbentuk moden dan aktiviti ini dilakukan
di laut.
Hasil Tangkapan:
Ikan merah, kerapu, ungah, bebatik,
bekalang, lauk putih, barah-barahan, umpak, languran dan
sebagainya.