Jaul

Kirikan atau Jaul adalah salah satu alat menangkap ikan yang digunakan sebelum adanya joran dan masih digunapakai sehingga ke hari ini.

Reka Bentuk:
Kirikan berbentuk bulat dan mempunyai lubang di tengah-tengahnya untuk tempat memegang.  Manakala tangsi pula terletak di atas permukaan kirikan tersebut.

Kirikan atau Jaul
(Sumber: Laman Sesawang)

Material:
Kirikan atau jaul diperbuat daripada kayu, nilon dan tangsi. Jenis kayu yang digunakan untuk membuat kirikan atau jaul adalah diambil daripada kayu pohon pokok santul, ranggu dan banyak lagi. Kayu yang dipilih adalah kayu yang ringan untuk keselesaan semasa memancing kerana kayu yang berat tidak sesuai dijadikan sebagai alat memancing.

Selesai pemilihan kayu, barulah proses membentuk kirikan itu dimulakan dengan menggunakan mesin khas. Kemudian kirikan tersebut boleh diukir, dipahat dan dilorek dengan menggunakan alat yang khusus. Tetapi pada masa ini, kirikan telah mengalami perubahan dari segi pembuatannya, kebanyakan kirikan telah diperbuat daripada plastik yang tahan lama.
Tali Nilon atau Tangsi
(Sumber: Laman Sesawang)

Kirikan Plastik
(Sumber: Laman Sesawang)
Perkakas Untuk Membuat Kirikan
(Sumber: Pelita Brunei)

Jangka masa membuat kirikan tergantung pada corak yang dipahat pada kirikan tersebut.  Jika ukiran pada kirikan itu hanya kosong, ia selalunya hanya akan mengambil masa selama sehari, jika kirikan tersebut dipahat dengan ukiran corak seperti corak “Air Muleh”, ianya  akan mengambil masa selama sebulan atau lebih. 


Kawasan Tangkapan:
Anak-anak sungai, sungai dan juga laut.

Hasil Tangkapan:
Ikan merah, ketambak, berah-berahan, ungah, kerapu, ikan putih, kerisi dan sebagainya.