Bubu
merupakan salah satu alat perangkap yang digunakan untuk menangkap ikan.
Aktiviti ini seringkali dilakukan oleh masyarakat tempatan sejak dari dahulu
lagi tidak kira mengikut umur.
Material Dan Cara Pembuatan
Material Dan Cara Pembuatan
Pada
dahulunya, peralatan bubu diperbuat daripada buluh/bambu. Bubu dibuat dari
anyaman bambu dan diikat menggunakan kayu rotan yang dibentuk dan terdapat
‘mulut’ bubu yang mengecil ke arah dalam. Pembuatan bubu ini kebiasaannya mengambil
masa selama tiga hari. Umpan yang digunakan adalah seperti cacing, ikan yu,
sisa-sisa ikan dan hati ayam. Manakala pada masa kini kebanyakan peralatan bubu
diperbuat daripada besi. Pada masa kini, umpan tidak lagi digunakan.
Reka Bentuk
Reka Bentuk
Reka
bentuk bubu tradisi menyerupai seperti tong tetapi tajam ke hadapan yang
menyerupai kon. Terdapat corong pintu
masuk (satu arah sahaja) yang membolehkan ikan atau udang untuk masuk ke dalam
bubu dengan mudah. Pada masa kini, bentuk dan ukuran bubu
dapat disesuaikan dengan jenis ikan yang akan ditangkap sehinggakan ada bubu
yang berbentuk trapezium.
Bubu (Sumber: Laman Sesawang) |
Buluh Yang Sudah Diraut Dan Dianyam (Sumber: Laman Sesawang) |
Jenis-Jenis Bubu (Sumber: Laman Sesawang) |
Bubu Moden (Sumber: Laman Sesawang)
Kawasan Tangkapan:
Aktiviti penangkapan ikan menggunakan
bubu yang berbentuk tradisi biasanya dilakukan di kawasan-kawasan sungai yang
mempunyai perairan yang cetek. Manakala bubu yang berbentuk moden digunakan di
laut.
Hasil Tangkapan: Bubu digunakan untuk menangkap udang dan ikan seperti ikan merah, ikan karuk, ikan keli, ikan haruan dan ikan kerapu. |