Pukat pantai yang dimaksudkan
adalah pukat-pukat yang dikerjakan dan ditarik di tepi pantai. Di Negara Brunei
Darussalam, kebanyakan para nelayan memanggil aktiviti ini sebagai mengikis.
Pukat Pantai atau Pukat kikis (Sumber: Laman Sesawang) |
Reka Bentuk:
Operasi Melaksanakan:
Pukat boleh dimuatkan di atas bot
berenjin dalam ataupun perahu yang berenjin sangkut. Tali tunda yang diikatkan kepada
satu sayap akan dilabuhkan di perairan yang cetek dekat pantai, dan bot menuju
ke arah laut sehingga bahagian keroncong mula turun.
Bot kemudian akan mengubah haluan dan menuju balik ke arah pantai sambil melabuhkan sayap yang satu lagi bersama-sama tali tundanya.
Operasi Menarik Pukat Pantai (Sumber: Buku Peralatan Menangkap Ikan Di Malaysia) |
Operasi Melabuh Pukat Pantai (Sumber: Buku Peralatan Menangkap Ikan Di Malaysia) |
Selepas pukat selesai dilabuhkan
pekerja-pekerja bot akan turun ke pantai dan mula menarik kedua-dua tali tunda
sehingga pukat dinaikkan ke pantai.
Kebanyakanya
dilakukan di tepi pantai.
Musim Tangkapan:
Sepanjang tahun.
Hasil Tangkapan:
Gelama, kerisi, ikan merah, kerapu, garut-garut dan sebagainya.