Pukat Tunda 2 Bot

Pukat tunda dua bot lebih dikenali dengan nama pukat kenka dua bot khusus untuk menangkap ikan. Pukat tunda dua bot adalah lebih pantas dan berkesan daripada pukat tunda satu bot.

Rupa Bentuk

- Rupa betuk pukat tunda dua bot serupa dengan pukat tunda satu bot. Pembukaan tegak pukat diperolehi menerusi perimbangan pelampung dan pemberat yang terdapat pada kajar atas dan bawah berturut-turut.

- Kepingan-kepingan timah digunakan sebagai pemberat di sepanjang kajar bawah pukat. 

- Pemberat tambahan seperti ketulan timah juga diikatkan pada penghujung bahagian sayap untuk diturunkan ke dasar laut semasa penundaan.

- Pembukaan lintang pukat dicapai menerusi dua buah bot yang menunda pukat. 

- Pukat ini menggunakan dua jenis isi pukat. 

- Seluruh bahagian sayap diperbuat daripada bahan nilon yang tidak bersimpul, sementara badan dan keroncong pukat pula diperbuat daripada bahan polietilena.

Reka Bentuk Pukat Tunda Dua Bot

Operasi

1) Operasi memukat dijalankan oleh dua buah bot berenjin dalam.  

2) Tenaga pekerja adalah seramai empat orang iaitu tiga orang dalam bot pertama dan seorang  dalam bot kedua

3) Pukat dimuatkan atas bot pertama untuk melabuhkan pukat, satu tali tunda diikat dengan pelampung pada penghujung dicampakkan ke dalam laut dari bot pertama

4) Bot kedua akan menghampiri dan membawa naik pelampung yang telah diikatkan pada tali tunda dan menuju ke arah bot pertama dan pada waktu yang sama bot pertama akan melabuhkan pukat pada tali tunda yang satu lagi.

5) Apabila bot kedua sampai ke bot pertama, pukat selesai dilabuh dan kedua-dua bot mula menunda ke arah yang sama dengan jarak lebih kurang 70 meter di antara satu sama lain.

6)Pukat dibawa naik selepas ditunda dan hasil tangkapan dikeluarkan daripada keroncong.

Operasi Pukat tunda Dua Bot

Kawasan Tangkapan

- Di dasar laut yang tidak mempunyai lumpur yang tebal.

Musim Tangkapan

- Sepanjang tahun

Jenis-Jenis Ikan Tangkapan

- Udang, Ikan merah, ketambak, berah-berahan,gelama, kerisi,kerapu, kapas-kapas, garut-garut dan sebagainya